
norainisharif93
5 tahun
Sukatan susu formula
Hi doktor,sy ada bayi baru berumur 2bulan saya bagi dia susu formula sebab susu badan saya dah habis…saya memberi dia susu nanha 1,sukatan untuk bayi 2bulan 5sudu dan 150ml air…perlukah saya ikut sukatan itu?saya risau bayi terlalu banyak minum dalam satu masa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan sukatan susu, garis panduan yang diberikan oleh pengeluar harus diikuti kerana itu adalah sukatan optimum untuk mendapatkan zat dan kebaikan maksimun dari susu tersebut. Manakala, mengenai kebimbangan puan sekiranya anak minum terlalu banyak pula, soalan ini subjektif kerana saya tidak pasti berapa banyak yang puan maksudkan itu. Namun, bayi akan berhenti minum sekiranya dia kenyang. Dan secara amnya, bayi 2 bulan akan minum 6-8 kali susu dalam 4-5 ounce (120-150 ml) sekali.
Berikut hanyalah jawapan am kepada soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.