
Sulit
4 tahun
Sulit untuk tidur atau lebih kepada takut untuk tidur
hai doktor… dah lama saya tak ke sini kan. dulu saya pernah cerita telinga saya berdesing dgn kuat kn. akhir nya saya mula dengar suara2 yg buat saya sangat sakit kepala. bila saya sedar je tubuh saya banyak luka2… akhir2 ni ia jadi lagi teruk. . luka2 yg saya xdapat tutup dgn kain…saya jgk takut untuk tidur.bila saya tidur, saya tidur untuk 2 hari.bila bangun badan saya sangat penat dan penuh luka . saya tak tahu apa yg jadi. saya hanya ingin semua ni berakhir. trlalu lama saya hadapi ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, sekiranya suara yang anda dengar seperti suara orang di sekeliling anda sedang bercakap dengan anda, ianya adalah gejala yang serius. Anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera kerana ianya tidak normal. Bukan itu sahaja gejala lain seperti banyak luka di badan anda serta masih penat walaupun anda tidur selam dua hari juga sangat membimbangkan.
Oleh kerana anda sudah mengalami masalah ini terlalu lama dan anda ingin ianya berkahir, maka apa yang anda harus lakukan sekarang adalah dapatkan pemeriksaan dari doktor agar mereka dapat membantu serta memberikan rawatan yang seharusnya untuk anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih