
Sulit
3 tahun
Suntikan BCG tiada tanda atau parut
Anak sy baru lahir dan usia baru 3 minggu. Bcg telah ditulis pada buku sehari selepas kelahiran anak saya. Saya telah ke hospital untuk menjalani rawatan susulan anak saya ketika usia 2 mnggu. Sy perasan tiada parut/kesan bcg pd lengan dia. Kemudian doktor berikan lagi suntikan bcg untuk kali ke 2. Ada apa apa side effect sekiranya anak saya menerima 2x injection bcg? Namun injection yang kedua juga tiada tanda mahupun parut. Apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anak anda telh mengambil suntikan imunisasa BCG dua kali tetapi tiada parut. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini untuk anda.
Untuk makluman anda, tidak menjadi masalah sekiranya anak anda mengambil suntikan imunisasi dua kali. Anda tidak perlu risau sekiranya tiada parut kerana ia tidak bermaksud anak anda tidak menerima suntikan. Anak anda akan diberikan vaksin tersebut sekali lagi pada umur 7 tahun jika tiada parut. Anda dinasihati untuk menyimpan rekod imunisasi anak anda sebagai rujukan kepada doktor yang melihat anak anda.
Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kanak-kanak.