
farisha
6 tahun
Suntikan HPV boleh rawat kanser serviks?
saya ada Google suntikan HPV boleh rawat kanser serviks? adakah ini benar?

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Suntikan vaksin HPV membantu untuk mencegah HPV sebelum seseorang terdedah kepada jangkitannya. Vaksin HPV tidak dapat merawat jangkitan HPV yang sedia ada atau penyakit yang disebabkan oleh HPV.
HPV yang merujuk kepada Human Papilloma Virus merupakan sejenis virus yang menyebabkan kebanyakan kanser serviks serta beberapa kanser lain seperti:
- Kanser dubur
- Vulva (sekitar pembukaan faraj)
- Faraj
- Orofarynx (tekak)
Ia juga merupakan penyebab ketuat alat kelamin dan ditularkan melalui sentuhan kulit secara langsung ketika hubungan seksual.
Oleh sebab itu, vaksin HPV disyorkan bagi wanita muda di antara 9-26 tahun dan adalah paling berkesan apabila ia diberikan sebelum seseorang memulakan hubungan seksual.
Kanser serviks pula dirawat melalui pembedahan, kemoterapi atau radioterapi bergantung kepada tahap kanser tersebut.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Untuk menjawab soalan anda, suntikan vaksin HPV boleh mencegah kanser serviks dan bukannya merawat. Virus papilloma manusia (HPV) adalah jangkitan kelamin dan biasanya dalam golongan orang muda tetapi jangkitan ini boleh disembuh oleh sistem imun yang kuat.
Walau bagaimanapun, apabila amalan yang berisiko tinggi berterusan, ia boleh menyebabkan perkembangan sel-sel servik yang tidak normal dan menyebabkan kanser serviks.
Vaksinasi pencegahan, melalui suntikan partikel virus HPV ke dalam otot boleh mencetuskan penghasilan antibodi yang boleh melindungi seseorang daripada jangkitan HPV pada masa hadapan.
Vaksin HPV melindungi wanita daripada prakanser serviks yang boleh berkembang menjadi kanser serviks. Vaksin ini tidak meningkatkan risiko kesan buruk yang serius, keguguran atau penamatan kehamilan dan ia lebih berfaedah sekiranya anda mengambil vaksin ini pada usia yang muda.