
Sulit
3 tahun
Suntikan vaccine pfizer
Saya baru lepas dos vajsin pfizer yang kedua. Selepas dos beberapa hari, saya dapati amat gatal tempat yg dicucuk. Normal ke? Saya tak tahan gatal. Harap dapat pencerahan dr pihak doktor. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai efek samping daripada vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa efek samping daripada pengambilan vaksin Covid 19 adalah:
- Demam
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sakit otot
- Sakit dan bengkak di bahagian yang di cucuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini