
Sulit
5 tahun
Suntikan vitamin c pada kulit
saya berusia 19 tahun,saya memiliki kulit sensitif hingga setiap produk yg sye pakai tidak memberi kesan positif pada kulit…oleh sebab itu,saya ingin buat suntikan vitamin c menggunakan jenama japan platinum utk dapatkan kulit yg baik,kulit sye terlalu byk kesan parut jerawat yg dah bertahun,ada juga jerawat yg baru tumbuh kadang kala berupa nanah,kulit sye juga ada byk darkspot,byk pori terbuka dan boleh dikatakan kulit sye agak teruk,pelbagai produk yg dah sye guna tapi tak menjadi,jadi bolehkah sye buat injection utk kulit sye utk perbaiki sel kulit yg mati???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- genetik
- ketidakseimbangan hormon
- masalah pada ovari seperti polycystic ovarian syndrome
- cushing’s syndrome
Pihak kami tidak memberi sebarang pandangan tentang suntikan kecantikan kerana ia bukanlah bidang kepakaran kami. Namun, parut jerawat adalah komplikasi daripada masalah jerawat. Ia sebenarnya harus dibendung pada peringkat awal lagi kerana dalam bidang perubatan, apabila sesuatu parut terjadi, tidak kira sama ada parut daripada pembedahan atau masalah kulit, ia amat sukar dihilangkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.