fara
6 tahun
Suntikkan selepas tidak datang haid
saya mengalami masalah haid pada bulan ini dan telah berjumpa dengan doktor. doktor memberikan saya pil sonulut. selepas makan sonulut, haid saya tidak datang juga. kemudian doktor memberikan saya satu suntikan. boleh saya tahu suntikan itu, suntikan apa? dan apa kegunaan suntikan itu kepada saya?
6 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Pil sonulut adalah pil yang digunakan untuk merawat haid tidak teratur dan boleh juga digunakan sebagai pil perancang kehamilan. Oleh kerana ubat ini tidak berkesan untuk anda, anda telah diberikan ubatan lain dalam bentuk suntikan.
Terdapat banyak jenis suntikan yang boleh diberikan bagi merawat masalah haid tidak teratur. Walaupun mempunyai nama yang berbeza, kebanyakan suntikan ini mengandungi hormon estrogen dan progesterone atau hormon progesterone sahaja. Suntikan ini membantu meningkatkan kadar hormon estrogen dan progesterone dalam tubuh anda yang mengawal kitaran haid.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.


























