fadhlinsakina9893
4 tahun
Supplement Kandungan Baru
Saya baru berkahwin dan didapati mengandung 4 minggu. Saya memang ada mengambil folic acid dari sebelum kahwin. Soalan saya, perlukah saya ambil susu sebagai supplement atau cukup sekadar folic acid? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sebarang wanita yang ingin mencapai kehamilan disarankan untuk mengambil asid folik sebagai supplemen tambahan untuk mengelakkan risiko kecacatan pada anak. Tiada supplemen tambahan disarankan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.