
Sulit
5 tahun
Supplement untuk mencegah daripada sakit tekak
hello, nak tanya kenapa selalu akan diserang sakit tekak…kebelakangan ni, doc beri antibiotik jenis curam 625mg untuk mengawal sakit tekak…lepas 5 hr, sakit tekak dah sembuh, ubat pun dah habis dimakan…tapi baru2 ni, sakit tekak dtg lg…sakit yg susah nak telan…doc, blh l tahu…supplement or vitamin apa yg bagus untuk mengawal sakit tekak…coz dgr ckp, ubat antibiotik tidak blh selalu dimakan…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit tekak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- jangkitan virus Influenza
- kesan sampingan ubat-ubatan
- merokok
Masalah sakit tekak yang disebabkan virus kerap berlaku lebih-lebih lagi pada musim hujan dan apabila anda dikelilingi orang yang menghadapi sakit tekak.
Anda disarankan kerap membasuh tangan kerana ia salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan pada tekak. Selain itu, bersukan dan makan makanan sihat boleh meningkatkan sistem imun badan agar lebih kuat untuk menghadapi virus atau kuman disekeliling.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.