
Sulit
5 tahun
Susah berak tapi kerap
Hye, sy lelaki 38 tahun. Sejak 2 minggu ni sy alami susah berak perlu meneran. Tapi berak hampir setiap hari/2 kali sehari dlm kuantiti yg agak sedikit dan tak lawas. Dalam lebih kurang Segenggam. Najis agak lembut cuma sedikit kecil. Najis kuning kecoklatan. Kdg2 ada rasa sgt sedikit sakit/tak selesa pd perut belah kiri & atas area ari2 juga pinggang kiri. Lately ni juga saya kerap kencing & banyak. Dan kembung ringan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit biasanya disebabkan oleh:
- Kurang makan makanan mengandungi serat seperti buah-buahan dan sayur sayuran
- Dehidrasi akibat kurang minum air
- Kurang aktif
- Sering menahan keinginan untuk ke tandas
- Stress
Masalah kerap kencing pula boleh disebabkan oleh:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.