
Sulit
3 tahun
Susah bernafas sewaktu telan air liur
Saya positif covid 28/5/2021. Saya discharge 6/6/2021. Covid saya merupakan tahap 3. Sayamempunyai sedikit selsema sejak 2 hari lepas. Saya mempunyai batuk semenjak positif covid. Hari ini saya sukar bernafas apabila dalam keadaan baring bila hendaklah telan air liur. Saya boleh menarik nafas dengan panjang tanpa masalah.Kesukaran bernafas akan berlaku bila saya menelan air liur. Apabila saya batuk kadang-kadang sahaja keluar kahak berwarna putih dalam kuantiti yang sikit.Apakah keadaan saya ini disebabkan kahak?ianya akan menjadi teruk bila waktu malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ramai pesakit dengan jangkitan covid akan menyembuh dalam beberapa minggu. Sebilangan orang akan mengalami keadaan pasca COVID. Keadaan pasca-COVID dapat menyebabkan masalah kesihatan baru, kembali, atau berterusan yang boleh dialami sepanjang empat atau lebih minggu setelah dijangkiti oleh COVID-19. Gejala umum yang dialami adalah contohnya sesak nafas, batuk, selsema, berkahak, kelesuan, jantung berdebar, sakit kepala, sakit sendi dan otot, sukar tidur, sakit kepala, pening dan sebagainya.
Oleh itu, jika gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini