
Sulit
5 tahun
Susah buang air dan najis berwarna hitam
saya berumur 17tahun sejak tahun ni najis saya berwarna hitam . saya ade ambik minuman collagen . adakah ini salah satu punca ? apa yang perlu saya buat ? apa tanda2 awal penyakit ni adalah bahaya ? saya harap doc boleh jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Pendarahan dalaman usus
- Kesan pengambilan ubat zat besi (iron)
- Pendarahan poilp usus
- Sembelit - tahi duduk terlalu lama dalam usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.