Sulit
5 tahun
Susah buang air kencing
Saya lelaki berumur 30 tahun…kejadian baru berlaku pada 15/5/2021…saya terasa terlalu kerap ingin membuang air kecil dan air kecil keluar sedikit selain terasa kepedihan waktu keluarnya air kencing…hospital mana yang disyorkan untuk dapatkan rawatan…???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah sukar kencing mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara:
Saluran kencing sempit atau tersumbat :
- Jangkitan kelenjar prostat,
- Pembengkakan kelenjar prostat samada kanser atau bukan kanser
- Batu karang yang tersumbat di uretra
Kerosakan pada pundi kencing
Kerosakan saraf yang mengawal fungsi pundi kencing :
- Kerosakan saraf tunjang akibat kecederaan, jangkitan atau kanser.
- Ubat-ubatan tertentu yang bolen mengganggu fungsi saraf dan otot
Anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan mahupun swasta. Pilihan di tangan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang ayah anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































