
Sulit
4 tahun
Susah kentut. kadang kadang susah untuk berak
HAI DOKTOR, SAYA NAK TANYA. SAYA MENGALAMI MASALAH SUSAH UNTUK KENTUT. KADANG KADANG SUSAH NAK BUANG AIR BESAR. NAJIS SAYA TIDAK PULA BERDARAH DAN PERUT SAYA TIDAK LAH SAKIT. SELERA MAKAN SAYA MASIH SAMA. TIDAK PULA MUNTAH MUNTAH. APA MASALAHNYA YA DOKTOR?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sukar untuk mengeluarkan angin kentut, serta masalah pembuangan angin besar. Untuk makluman anda, perkara yang anda hadapi ini selalunya menandakan bahawa penghadaman atau pergerakan usus anda tengah menghadapi masalah atau penyakit. Masalah sukar untuk mengeluarkan najis ini pula dikenali sebagai kondisi Sembelit
Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alahan pada makanan yang boleh menyebabkan keradangan, dan ia boleh mengganggu sistem penghadaman serta pergerakan usus.
- Jangkitan bakteria atau virus yang boleh mengganggu sistem penghadaman serta menyebabkan konstipasi.
- Penyakit keradangan usus seperti penyakit Chron’s atau Ulcerative Colitis
- Masalah pengsarafan otot meneran, ataupun masalah otot secara langsung.
- Kanser usus
- Penyekatan atau penyumbatan usus yang boleh disebabkan oleh penyakit angin pasan (Hernia), keradangan, ataupun sebab-sebab mekanikal seperti Volvulus.
- Masalah pengsarafan usus yang boleh disebabkan oleh penyakit auto-imun, ataupun jangkitan virus.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi bagi mendapatkan punca lebih tepat agar mendapatkan rawatan yang sesuai. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.