Sulit
3 tahun
Susah membuang dan berdarah
Saya ada adik berumur 14 tahun yang susah untuk membuang air besar. Beberapa hari lalu, dia memberitahu bahawa dia telah menyumbatkan air di dalam duburnya sejak umurnya 10 tahun lagi untuk membantu dia membuang dengan lebih senang. Dia juga memberitahu bahawa sebelum ini semua okay tapi start 2 minggu yg lepas dia mengadu susah membuang walaupun telah lakukan cara yang sama. Dia juga kata, air bercampur darah keluar dari duburnya. Dia risau jika saya memberitahu ibu saya. Perlukah saya risau tentang ini dan membawanya ke hospital?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia):
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
Oleh itu, kami menyarankan agar adik anda pergi berjumpa dokter dengan kadar segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.