
Sulit
4 tahun
Susah menelan kadang kadang
Doktor saya lelaki 23 tahun saya akadang kadang rsa susah menelan walaupun benda lembut kadang air pun susah nk telan. Benda ni ada hri dia datang pastu hilang pastu nnti tiba tiba datang balik. Ada apa apa penayakit berkaitan masalab ni tak. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tonsillitis
Ketumbuhan dalam tekak
Radang tekak
Globus makanan
Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.