Sulit
3 tahun
Susah nak tidur malam sebab nafas tak terkawal
Salam sejahtera,dah hampir 5bulan saya susah nak dapat tidur malam dengan lena,nafas tak terkawal,emosi secara tiba² dan kadang overthinking,minta pencerahan doktor untuk pulihkan masalah saya atau saya perlu jumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologi seperti keresahan (anxiety), kemurungan (depression), stres dan lain-lain
- Masalah jantung
- Tuberkulosis
- Keadaan persekitaran yang kurang selesa
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini berlanjutan.
Anda juga boleh lakukan beberapa perkara ini untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti:
- Kosongkan fikiran anda sebelum tidur
- Segarkan diri anda seperti mandi sebelum tidur
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam
- Pastikan suasana bilik anda selesa dan senyap sebelum tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.