
Sulit
3 tahun
Susah tidur lepas suntik vaksin
Saya berumur lingkungan 39.
Selepas suntik pada 17/7 hari tu saya tak rasa apa simptom selama seminggu, lepas seminggu dah mula rasa efek kat badan dan berlarutan sampai dah nak suntikan ke2 pada 7 hb ni… Masalah saya susah nak tido mlm… Mata, telinga, otak saya terasa segar walaupon be berapa hari ni langsung tak tidur nak lelap mata hati otak terasa bangun… So susah saya nk tido… Jantung rasa berdebar debar… So saya dah mula tertekan sebap takut nanti suntik a ke2 makin teruk jadi ya… Mintak pendapat doc… Perlu ke saya suntik ke 2 atau tangguh sampai kesihatan dah mula normal baru teruskan dengan suntikan ke2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sukar bertidur dan berdebar-debar adalah kesan sampingan umum untuk vaksin Covid. Biasanya ia akan menyembuh dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu, serta ia tidak akan menyebabkan sebarang komplikasi nanti.
Selain itu, anda perlulah menghadiri serta menerima suntikan vaksin dos kedua mengikuti tarikh yang diberikan. Sekiranya anda masih membimbang pada kesan sampingan yang anda alami, sila maklumkan perkara ini kepada doktor anda di pusat vaksin tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini