
Sulit
5 tahun
Suspect coronavirus
Saya telah berhubung dengan salah satu pekerja satu company dengan suspect positive coronavirus. Perlu ke saya pergi hospital check darah? Tiada sebrang symptom setakat ini

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Memandangkan anda telah berhubung dengan suspek COVID19, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Secara amnya, ujian saringan tidak dijalankan kepada sesiapa yang tidak mempunyai sebarang gejala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini