
Sulit
4 tahun
Susu badan dengan susu formula
Hi doktor,
Saya nak tanya, saya ada 2orang anak jarak rapat beza setahun.
Persoalan saya, saya ada beri kepada anak saya yang pertama susu badan campur susu formula dalam satu botol susu, boleh ke saya buat macam tu? Ada apa-apa risiko tak kepada anak pertama?
Saya ada susu badan yang banyak dan terpaksa pam sebab takut bengkak. Jadi susu pam tu saya frozenkan tapi susu tu tidak terminum oleh anak kedua sebab dia menyusu secara terus ke payudara dan tidak mahu botol.
Anak pertama saya, dia tak minum susu ibu tapi kalau campurkan sekali dengan susu formula dia minum.
Minta maaf soalan panjang pula, macam buat karangan. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi iaitu adakah selamat untuk memberikan anak anda campuran susu formula dan susu badan.
Berdasarkan keterangan anda, campuran susu formula dan susu badan tidak akan mempunyai apa apa masalah. Anda hanya perlu memastikan anak anda menerima zat yang secukupnya.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.