
Sulit
4 tahun
Susu badan kurang dan perlukan perbanyakkan susu badan
Saya nak tanya macam mana nak bagi banyakkan susu badan. Sebab susu badan dah kurang dan anak saya pun kurang nak nyusu badan dan lebih kepada susu fm. Anak saya baru 3m saya risau sangat sebab takut antibodi nya tak kuat. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara dan kaedah semula jadi yang boleh digunapakai untuk meningkatkan jumlah susu badan untuk penyusuan kepada bayi puan, iaitu:
- Amalkan penyusuan bayi sekerap yang boleh. Ini akan membantu dari segi penghasilan susu badan yang dipengaruhi ketika bayi anda tengah mengucup puting anda.
- Lakukan pam (urut) atau beri tekanan pada payudara anda sebelum memulakan penyusuan rutin kepada bayi anda
- Berikan penyusaan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Amalkan pemakanan yang sihat. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan lemak omega-3 seperti oatmeal.
- Tingkatkan pemakanan yang mengandungi vitamin tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda juga boleh mencuba pemakanan seperti bawang putih, halia, fenugreek, dan spirulina. Sup ayam kunyit juga dikatakan boleh membantu dalam memberi tenaga untuk penyusuan
- Terdapat juga makanan yang khas untuk penyusuan bayi seperti lactation cookies, lactation omelette, lactation smoothie and yogurt.
- Kurangkan gejala stress dan juga cukupkan waktu rehat dan tidur.
- Kawal tekanan darah yang tinggi dan kurangkan merokok atau meminum alkohol.
- Elakkan daripada ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat atau preskripsi yang sah daripada doktor sakit puan anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami tidak cadangkan anda untuk terus mengambil sebarang ubat yang boleh meningkatkan penyusuan bayi sementara ini. Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu.
Akhir kata, penggunaan susu formula juga baik untuk bayi anda kerana sesetangah produk telah mempunyai kandungan nutrisi yang khas untuk meningkatkan sistem pertahanan imun bayi puan. Cadangan penyusuan bayi menggunakan susu badan adalah saranan yang terbaik selain penggunaan susu formula.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.