
Sulit
3 tahun
Susu badan menjadi melekit
Saya wanita 20 an saya mempunyai seorang ank yg berusia 7 bulan…ank saya bf dan fm…sejak kebelakangan ini…susu badan saya menjadi melekit dan kekuningan dan saya takut itu nanah…saya berhenti memberi susu kepada ank dan anak saya cuma minum susu formula…persoalannya adakah susu badan saya menjadi kekuningan seperti nanah dan melekit itu bahaya kepada saya dan anak saya itu minum?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya ibu bayi dalam keadaan yang sihat, maka tiada masalah untuk menyusukan bayi. Walaubagaimanapun, untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.