
Sulit
4 tahun
Susu segar untuk bayi bawah 1 tahun
Anak saya tidak boleh minum susu formula lembu boleh ka saya tukar kepada susu segar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, susu segar mempunyai potensi yang tersendiri. Bagi anak yang berumur di atas 1 tahun, dibolehkan untuk meminum susu segar. Namun, untuk anak yang berumur kurang dari 1 tahun, adalah disarankan untuk meminum susu ibu terlebih dahulu. Susu ibu dan susu formula mengandungi zat besi, vitamin C, dan nutrien lain, yang kebanyakannya tidak termasuk dalam susu lembu - atau sekurang-kurangnya tidak dalam jumlah yang cukup tinggi untuk bayi anda berkembang dengan baik.
Namun, pada saat bayi anda berusia 1 tahun, kanak-kanak dipercayai sudah dapat mengimbangi banyak nutrien yang hilang dengan diet yang lengkap yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, tenusu, dan biji-bijian.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih