Sulit
4 tahun
Swab kedua negatif, dan mula demam selepas swab kedua
saya cc1 , tetapi kedua result saya negatif, dan beberapa hari selepas result kedua negatif saya mengalami demam. adakah saya perlu menjalani saringan covid semula ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah demam selepas melakukan swab kali kedua. Anda bimbang jika keadaan ini merupakan kepada petanda jangkitan COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Bagi mendapatkan kepastian mengenai kondisi dan status kesihatan anda, kami menyarankan anda untuk melakukan ujian saringan kesihatan bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan anda.
Antara gejala yang perlu dipantau oleh anda apabila dijangkiti COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































