
Sulit
4 tahun
Swab test convid untuk balik ke Sarawak
Sy Tony lawing… ingin tanya tentang swab test convid, sy nak balik Sarawak 20 hb ini… blh sy buat swab test convid tu dlm stu hri dpt keputusan convid… sebab esok tu flyt sy jm 2 ptg… blh tak klu mcm tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian swabtest.
Untuk makluman anda, saya kurang pasti tentang prosedur untuk kembali ke Sabah, saya mengesyorkan anda untuk melawat laman sesawang KKM bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut atau menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) :
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk lakukan ujian swabtest di fasiliti kerajaan, KKM telah menetapkan harga bermula RM30 untuk RTK Antibodi, RM60 untuk RTK Antigen dan RM 150 untuk RT-PCR. Harga tersebut adalah hanya untuk warganegara. Terdapat juga pengecualian daripada membayar mengikut kes kes tertentu. Sila hubungi KKM untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ).Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini