Sulit
2 tahun
Swab test di klinik kerajaan untuk suami isteri dan anak
Bagaimanakah cara dan prosedur melakukan swab test di klinik kerajaan? Saya, suami dan anak disahkan demam batuk dan selesema. Doktor di klinik telah mencadangkan kami melakukan swab test
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan (swab test) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini