
Sulit
3 tahun
Swab Test di Klinik Swasta Boleh Mohon Surat Kuarantin dari Klinik Kerajaan?
Saya merupakan kontak rapat positif dan saya telah menjalani swab test PCR di klinik swasta, tetapi klinik swasta tidak menyediakan surat kuarantin. Bolehkah saya memohon surat kuarantin dari klinik kerajaan kerana saya bekerja dan perlu surat tersebut untuk diberikan kepada majikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda adalah kontak rapat positif, anda boleh mohon surat kuarantin dan ambil gelang pink di mana-mana klinik kesihatan atau pusat kuarantin kedekatan anda. Anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini