
Sulit
4 tahun
Swab test untuk rentas negeri
Saya seorang guru bekerja di Sabah.Saya memerlukan swab test untuk menaiki kapal.Saya ingin bertanya di manakah klinik kesihatan/hospital yang ada menjalankan swab test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat ujian saringan di mana-mana klinik kesihatan dan klinik atau hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan ujian saringan tersebut. Bagi ujian saringan di fasiliti kerajaan, keutamaan akan diberikan kepada individu yang mempunyai sejarah kontak rapat.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini