
Sulit
4 tahun
Swap tes masih positive
Saya disah Kan positive covid pada tanggal 19/4/2021 Dan pada 19/5/2021 Saya membuat swap test diklinik swasta atas alasan untuk Berkerja Dan masih positive , keadaan Saya alhadulillah sehat…seperti bias, berapa lama kah keadaan seperti ini berlarutan.??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui berapa lamakah tempoh anda akan masih positif walaupun sudah sembuh daripada COVID-19. Kami akan cuba memberikan keterangan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, keputusan ujian yang positif bagi pesakit COVID-19 yang telah sembuh adalah berpunca daripada virus atau fragmen virus yang telah mati. Itu kesimpulan yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Melalui pemantauan KKM, ujian rt-PCR COVID-19 bagi kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih menunjukkan keputusan yang positif buat suatu tempoh yang pajang dan data mengenai anggaran tempoh ini masih belum dapat dipastikan.
Namun begitu, bekas pesakit ini walaupun menunjukkan keputusan ujian positif, tidak bergejala, tidak jatuh sakit dan tidak menyebarkan virus ini kepada orang lain. Malah hasil kajian menunjukkan pengkulturan dari sample ujian ini tidak mampu dibiakkan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain, sila hubungi kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini