
Sulit
4 tahun
Swap test covid-19 perlu ke utk rentas negeri
Sy dr kuching sarawak n sy mhu blk kl n perlu ke sy buat swap test covid-19

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan SOP rentas negeri COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Umumnya, saringan COVID-19 di Malaysia menggunakan kaedah pemeriksaan darah atau swab test. Untuk mengetahui apakah saringan diwajibkan untuk memasuki Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau apakah terdapat pemeriksaan lain yang diperlukan, ia tertakluk kepada SOP bagi setiap negeri dan sempadan masing-masing yang akan berubah dari semasa ke semasa. Lazimnya saringan masih diperlukan kerana rentas negeri masih tidak boleh dilaksanakan kecuali atas dasar-dasar tertentu.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau Pejabat Polis untuk mendapatkan informais yang lebih lanjut. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini