Sulit
3 tahun
Sy ada masalah thyroid
Saya wanita berumur 37 tahun mempunyai masalah tangan kiri dan kanan kebas dan mempunyai thyroid…adakah masalah ini mambahayakan kesihantan saya …saya sudah menjalani ujian sampel tnyroid tp tiada simtop cancee…adakah situasi kebas tangan ni berbahaya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kebas pada bahagian tangan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya fahami kebimbangan dan kerisauan anda pada masa ini tentang masalah kebas yang dialami oleh anda. Untuk masalah kebas anda, ia boleh berpunca daripada perkara berikut:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit dada
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.