
nor94hanim
5 tahun
Sy check upt 3x double Line , tetapi period
sy lewat period seminggu lebih n then check upt 3x double line , termasuk sy check dekat Klinik swasta double line n then doktor kata kemungkinan sy mengandung tetapi tak boleh scan lagi sebab masih awal, tetapi harini sy period , tapi kenapa sy check upt double line ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Keguguran (sekiranya terdapat ketulan)
Sekiranya anda mengalami demam, sakit dibahagian rahim, ketulan dan pendarahan yang banyak, sila dapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.