
Sulit
3 tahun
Sy mengandung 22week
sy mengandung 22week dan bekas pesakit covid… sbelom bersalin akan d swab… ada kah keputusan akn positif jgk… lps lahir bby perlu dswab jgk ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keputusan positif jika ujian saringan dilakukan kerana pernah dijangkiti COVID-19.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID akan kekal positif untuk seberapa ketika kerana masih terdapat fragmen virus yang tidak aktif di dalam badan. Tempoh masa yang diambil biasanya untuk menjadi neutral kembai adalah selepas 3 bulan.
Namun usah khuatir kerana jika disahkan positif, tunjukkan surat yang anda adalah bekas pesakit COVID dan pihak hospital akan menilai tahap dan status anda berdasarkan keputusan yang diperolehi.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk maklumat lebih lanjut. Sementara itu, terus amalkan kebersihan tangan, memakai topeng muka dan menormalkan jarak sosial / fizikal.
Hubungi CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my