Sulit
4 tahun
Sy nk tanye…telinga sebelah kanan pernah masuk lipas
Sy nk tanye…telinga sy sakit sgt…ape yg perlu sy buat…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kepecahan gegendung telinga (mungkin disebabkan oleh trauma ataupun dipecahkan oleh lipas tersebut)
- Radang telinga (Otitis media atau Otitis externa)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana kepacahan gegending telinga mungkin akan menyebabkan kepekakan Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.