
Sulit
5 tahun
Sy sakit perut kerap
Salam doctor…sy ridzuan…sy berumur 30tahun…semenjak Pkp nie sy mengalami sakit oerut yg kerap…buang air biasa je sehari sekali kadang sekali…najis pun biasa ada sekali tu je warna itam…tp perut nie terasa senak mcm mencucuk2 pun ada kadang macam ada benda bergerak dlm perut …bile mebungkuk terasa sakit sikit tekan perut nie pun terasa sakit jugak…ape rawatan dan ubat yg perlu sy ambil ye??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pendarahan dalam usus.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.