
Sulit
5 tahun
Sy x keluar haid setahun
umur sy 44 thn… pd thn2016 sy pernah buat operate endometriosis… selepas operate dlm beberapa bulan sy masih lg keluar haid… tapi sejak bulan 5 2018 sy dah x keluar haid sehingga hari ini… sy risau kerana sejak akhir akhir ini saya selalu sakit badan dan sendi…badab sy juga selalu lenguh lenguh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tidak datang haid yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Sindrom Pra-menopaus
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah endometriosis kembali
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.