
Sulit
3 tahun
Sya btl btl nak berenti syabu
klau sehari tak kena rasa macam nak mengamuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami bangga anda ingin megubah hidup anda dengan menghentikan pengambilan syabu. Menurut penerangan anda, kelihatan seperti anda mempunyai ketagihan pada syabu.
Antara tanda-tanda ketagihan adalah :
- Mengelakkan tanggungjawab
- Mengabaikan penampilan diri
- Hilang selera makan
- Berat badan merosot
- Gangguan emosi seperti yang anda alami
Penggunaan syabu boleh memudaratkan kesihatan. Cara untuk mengatasi masala ketagihan adalah dengan mendapatkan sokongan keluarga dan kawan yang bertanggungjawab. Selain itu, terapi perilaku serta kaunselling dapat membantu anda menghentikan tabiat ini.
Anda perlu merujuk kepada doktor bertauliah untuk mendapatkan nasihat yang bersesuaian bagi anda untuk memberhentikan pengambilan syabu. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri kami secara atas talian dan sulit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri