Sulit
2 tahun
Sya mempunyai mslh insomnia siang sukar tidur mlm pun hnya sedikit sja
Sya amiluddin umur 37th…sya ada mslh insomnia kira lama mgkn dlm 7tahun mcm tu…sya minta nasihat dari doktor bagaimna ka cara utk sya mengatasi mslh sya ni…sya da jga sakit seperti gastrik cemas mcm tu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Menurut kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur siang dan malam. Kami fahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Kurang berehat dan tidur
- Tekanan atau stres sehingga menggangu fikiran
- Penggunaan sesetengah ubat seperti ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah tidur dan gastrik cemas yang dihadapi oleh anda.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih