
Anonymous
2 tahun
Sya sebenarnya dah seminggu lebih sakit semasa buang air kecil tp sya rasa itu perkara biasa kerana sya juga pernah menghadapinya sebelum ni tp ianya tidaklah lama sya takut nk buat rawatan lanjut keran saya takut utk tahu kebenaranya
Sya berumur 20 tahun dn masih belajar. Sya sebenarnya dah seminggu lebih sakit semasa buang air kecil tp sya rasa itu perkara biasa kerana sya juga pernah mengalaminya sebelum ni tp ianya tidaklah lama seperti sekarang sya takut nk buat rawatan lanjut kerana saya takut utk tahu kebenaranya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit ketika kencing boleg disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah :
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.