Anonymous
6 tahun
Sye nak tanye berkaitan dgn keputihan.. sye sekarang mengandung 3 bulan lebih.. pastu sejak kebelakangan keluarr warna coklat dan coco pada sluar dlm ..mcm tande2 nak dtg bulan.. sye pon tidak pasti knpe. Tpi sye tak rasa gatal, sakit atau sebaliknya
Sye wanita berumur 24 tahun. Sy mengandung anak pertama… sebelum ni tak ada kluar warna coklat2 pada sluar dalam… tpi sejak kebelakangan ade kluar warna coklat2 dan coco seperti tanda2 nak dtg bulan…adakah sbb sye berjalan jauh. Sbb sjk sy balik kampung kelantan muadzam nie. Muadzam kelantan. Dye kluar mcm tu… sye risauu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda mengalami sakit perut adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih





























