
mohdridzarif
5 tahun
Symptoms covid19 seperti batuk selesema dan semput
Salam Dr. Housemate saya adalah pesakit STD. Sekarang dia mengalami symptoms awal covid seperti batuk, selesema, sakit dada (semput) dan hari ini 21st March 2020 mula mengalami sakit kepala. Tetapi beliau tidak travel ke luar negara atau melawat/berjumpa dengan patients yg positif covid. Hari ini adalah hari ke 4 beliau tidak sihat. Apakah saranan doktor? Adakah beliau positif?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah demam dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- Tibi
- jangkitan paru-paru
- Asma
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko rakan anda melalui kuiz berikut:
- Dia digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini