Anonymous
6 tahun
Symtom breast cancer
saya berumur 26 tahun, sudh mjalani operation cyst di bawah ketiak. saya nk tau tanda2 awal simptom bg breast cancer. lately, breast sy kerap berdenyut disebelah bahagian operation
6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Benjolan di bahagian ketiak boleh mempunyai pelbagai puncanya seperti:
- cyst
- infeksi bakteria jika mengelaurkan nanah
- lipoma
- dan jika ia membesar dengan cepat ia boleh dikatakan salah satu tanda awal untuk kanser payudara
Antara tanda kanser payudara:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
































