
Sulit
4 tahun
Szikofenia Dan masalah potassium
Boleh ke masalah hypokalemia disebabkan atau terhasil dengan szikofenia

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kekurangan potassium atau hypokalemia boleh terjadi dalam penyakit schizophrenia disebabkan beberapa perkara seperti kesan daripada ubat antipsychotic, kesan daripada jangka masa yang lama menghidapi penyakit schizophrenia boleh menyebabkan perubahan pada sensitiviti reseptor tubuh badan dan boleh hypokalemia juga boleh berlaku disebabkan ubat diuretik.
Tetapi kes seperti ini, perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi sebelum boleh memberikan diagnosis bahawa schizophrenia boleh menyebabkan hypokalemia. Tiada kajian yang mencukupi untuk mengesahkan bahawa kedua-dua masalah ini berkait. Kemungkinan masalah hypokalemia anda berlaku disebabkan masalah atau penyakit lain.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.