
Anonymous
5 tahun
Tahi menjadi warna hijau terang
Saya wanita berumur 50 tahun (75kg) dan tidak mengambil sebarang ubat ubatan. Saya mengalami perubahan warna tahi kepada warna hijau terang sejak 3 hari lalu tanpa rasa sakit apa pun meskipun tidak mengambil sayuran hijau dlm kuantiti yg banyak. Saya ingin tahu jika ia adalah normal ataupun merupakan tanda masalah serious usus? Dan apa yg harus saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan makanan berwarna atau sayur-sayuran yang berlebihan
- “Bile pigments” yang berpunca daripada masalah hempedu atau penyerapan di usus
- Jangkitan bakteria atau parasit
- Jika terlibat dengan prosedur tulang sum-sum
Namun begitu, keadaan atas sering berkait dengan simptom seperti cirit-birit, demam atau sakit perut. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.