
Anonymous
6 tahun
Tajuk :Implan di lengan
Dekat 2 thn tak pernah dtg period… Pada bln ni period datang sedikit selepas 4 hari period datng byk
Nak tya adakah normal atau disebaliknya
T. Kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan gejala yang dinyatakan oleh anda, kemungkinan besar anda mengalaminya oleh sebab kesan sampingan implanon di lengan yang bukan sahaja hanya akan mehyebabkan haid yang tidak teratur, malah akan juga :
Darah haid menjadi lebih banyak, atau malah menjadi lebih sedikit
Flek/bercak darah yang keluar saat sedang tidak haid
Berat badan bertambah
Sakit kepala
Jerawat
Ketidakselesaan di bahagian payudara
Rasa sakit, infeksi, dan bekas luka di kulit tempat susuk dimasukkan (diimplan)
Depresi
Untuk makluman anda , kesan kesan tersebut bukannya dialami oleh setiap individu dan jika anda masih risau lagi anda boleh boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.