perjalanan5799
6 tahun
Tajuk : Kencing Berdarah
Penerangan : Saya wanita dalam 20’an dan saya kencing bedarah untuk dua hari yang lalu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda air kencing berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.


































