wandahlia7
6 tahun
Tajuk :Sakit pada lidah
Keterangan:
Saya merasa sakit pada lidah…
Sentiasa rasa macam kebas dihujung lidah…
Kadang sakit dibahagian tengah… kadang di bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri…
Kadang2 sakit di lelangit…
Kadang2 rasa macam kepedasan…
Kadang2 rasa sakitnya sangat kuat…
Kadang2 rasa sikit2 je…
Boleh mengganggu kehidupan…
Saya klasifikasi sebagai sihir…
Dan tahu nak berubat cara mana…
Kalau dari segi perubatan moden…
Ini semua simpton utk penyakit apa doktor…
Tksih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.
Untuk makluman anda, lidah kebas disertai sensasi seperti yang disifatkan sakit atau kepeadasan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Memandangkan kondisi menganggu kehidupan seharian, hal ini boleh dikatakan serius. Justeru, sebaiknya anda mengunjungi doktor pakar penyakit dalam atau doktor neurologi untuk dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























