
Sulit
5 tahun
Tak boleh mengandung
Saya berumur 21 tahun. Saya dah berkahwin pada umur 18… Tapi saya susah nak mengandung… Apa kah sebab begini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kesukaran hamil ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Faktor lelaki - seperti jumlah sperma kurang, sperma cacat/rosak
- Faktor wanita - seperti Sindom Polisistik Ovari, fibroid dalam rahim, ketiadaan haid
- Faktor anatomi - seperti masalah rahim atau tiub rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.