Sulit
3 tahun
Tak boleh nak tidur malam
Sy tak boleh tidur dah 2 minggu, siang malam susah tidur… bila nak tidur rasa angin beegerak dalam peut… macamana nak buat ye
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah perut berangin boleh disebabkan oleh masalah:
- Ketidakhadaman
- GERD
- Gastritis
Anda disarankan untuk mengkuti langkah-langkah berikut:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Maka pada jumlah yang sedikit dan makan perlahan
- Jangan baring sejurus selepas makan
- Tidur sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.