
Anonymous
5 tahun
Tak dapat kawal air kencing
Saya lelaki umur 20an, dah seminggu lebih saya baru dapat masalah ni doctor. Bila saya buang air kecil, sesudah siap mesti akan keluar air kencingnya secara sedikit macam titisan. Bila saya gerak sikit saya dapat rasa airnya terkeluar. Tak boleh control doctor. Ni namanya kencing tak lawas ke apa? Ada cara atau ubat untuk mengatasi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran air kencing
- Kencing manis
- Batu karang
- Benign prostatic hypertrophy
- Hyperactive bladder
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut termasuk pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.